Jumaat, 5 Jun 2009

Lewat.

Posted in by Nur |
Saya betul-betul minta maaf atas kelewatan jari-jemari ini menekan keyboard untuk mengemaskinikan blog kesayangan ramai (heh) ini. Ya Allah, rasanya sekejap sahaja masa berlalu, sampaikan saya tidak sedar yang blog ini sudah wujud sejak penghujung Mac lagi. Tulah hang, malas lagi, malas.

Serius, saya minta maaf. Iyalah, saya masih bebudak, jadi masa bila mahu fikir tentang kerja sekolah lagi, kerja rumah lagi, itu lagi, ini lagi. Sempitnya ruang antara saya dengan masa hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Oh, sebelum semua orang murka dengan kealpaan saya, saya rasa masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan terima kasih kepada Badan Pengawas Sekolah kerana telah bekerjasama untuk membereskan Hari Guru sebulan yang lepas. Ya, saya seorang yang pelupa, dah sebulan dah baru sempat ucapkan terima kasih.

Kalau boleh saya nak salam dengan semua orang yang terlibat, tetapi apakan daya, yang banyak buat kerja ialah mereka yang bertentangan muhrim dengan saya, kecuali abang-abang dan sahabat-sahabat sejantina saya yang Alhamdulillah, sudi membantu. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu, ramai cikgu ni, Ustaz Fuad; Umi Maudah; Cg. Roendah; dan lain-lain (jangan kecil hati kalau nama tiada di sini, saya seorang yang pelupa) yang memang banyak menolong daripada hari pertama saya diberikan tugasan sebagai pengendali tahun ini.

Saya memang terkejut kera apabila diberikan tugas yang saya rasa lebih layak untuk diberikan kepada senior-senior. Pada mulanya, memang berat hati untuk saya menghadam kenyataan ini, ditambah lagi dengan tekanan yang dihadapi sepanjang proses penyelenggaraan dan pelaksanaan, saya hampir givab (give-up). Tu, Amry tu cewi la tu cakap omputeh dalam blog. Haih. Kalaulah saya mampu untuk menceritakan kembali segala perkara yang team saya lalui untuk menjalankan amanah ini, saya akan. Tetapi saya tak mahu kerana syukur saya ditempatkan dengan golongan-golongan Pengawas yang boleh fikir sedikit, "Kalau aku tolong dia, mesti dapat pahala." Jadi, ringan sedikit tugas, kerana sudah dibahagikan kepada Biro-biro yang berkenaan. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tahun hadapan, Hari Guru ada kelainannya, saya janji!

by Muhammad Amry.
Isnin, 20 April 2009

Kem Part 1.

Posted in by Muhammad Amry. |
Para pengawas baru pulang dari kem nampaknya. Selepas 48 jam diharungi (walaupun letih kena denda), saya rasa pengawas tahun ini akan tampil lebih established berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tampak lebih gagah, pulun pula.

Lupakan itu.

Ketika di kem, banyak sebenarnya pengalaman yang ditempuh. Bermula dari sesi Ice Breaking bersama Sir Oh (tengok jam), para pengawas yang dibahagikan kepada 8 kumpulan mula mencari identiti kumpulan masing-masing. Kami ditugaskan untuk mencipta satu chant (sorak) serta tepuk berirama (muahaha!).

Hasilnya, terciptalah kumpulan yang bernama pelik-pelik seperti Teyek Teblomm (gelak lagi muahaha), Seiring Sejalan, Fuyoh Celak serta tak kurang juga nama yang janggal digunakan seperti Exorya (ini baru skema), Tigris Seven, Nine Sense serta banyak lagi yang tak masuk akal. Nama yang paling sedap tentunya Teyek Teblomm. Ehem. Ehem.

Kehadiran Cikgu Yus, Cikgu Talib, Cikgu Syarifah, Cikgu Suria (yang saya ingat) memang menggamatkan suasana. Terima kasih diucapkan kerana mereka banyak menolong sepanjang aktiviti kem dijalankan.

Pada sebelah malamnya pula, satu sesi debat hangat hangat telah diadakan. Memang hangat, sampaikan ada yang bertikam lidah sesama sendiri kerana tak puas hati dengan Nuqman, selalu bangun membidas hujah. Cis Nuqman, hujah aku pun kena bidas. Hehe.

Baiklah, esoknya pula, kami riadah-riadah, senam-senam, lari-lari, dan..

Sesi paling menyeronokkan akan bermula.

Semua cikgu praktikal yang memang 'garang' nampaknya kantoi.

Semua cikgu praktikal berjalan dengan laju.

Semua cikgu praktikal terus cabut tudung apabila sampai ke kem kerana takutkan..

Pacat.

Pacat?

Cis, potong stimlah cikgu. Sepanjang aktiviti Jungle Trekking diadakan pagi Jumaat itu, hutan Inas di situ memang riuh rendah dengan perkataan-perkataan klisye seperti

"AAAAAAAAAAA."
"Geliiiii."
"Ccikguuu, tolonggg!."
"Iiiii yucks (ini pengawas gedik yang mengeluarkan bunyi)."

Semuanya kerana pacat. Adus.

Hehe. Oh, saya memang boleh ingat rupa cikgu-cikgu yang kononnya garang. Tetapi lemah kerana pacat.

Cikgu~, bila mau belanja makan ha? Hehe.
Isnin, 13 April 2009

Skema.

Posted in by Muhammad Amry. |
Sampai sudah ke blog yang sarat dengan segala widget (ada yang tak penting pun sebenarnya), dengan harapan blog pengawas tahun ini akan diperkasakan oleh Biro Penerbitan & Multimedia dengan bantuan Izni akan sentiasa dikunjungi oleh para pengawas khususnya serta rakan-rakan pelajar SMKB.

Syukur, walaupun pepatah kata di blog ini agak skema, iyalah, pengawas harus skema, namun tidak bermakna semua pengawas skema. Perkara itu yang bakal dibahaskan oleh para pengawas kita dalam blog ini.

Pada hemah minda saya, pengawas yang bijak mengendalikan tugas ialah pengawas yang skema. Tidak bermaksud untuk mengangkat peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri', namun itulah kelemahan pengawas (kita semua) pada tahun-tahun lepas dan tahun ini.

Berbalik kepada olahan skema versi saya, pengawas yang skema tidak semestinya perlu marah-marah apabila ditegur, tidak semestinya harus menikam belakang rakan pengawas yang lain, tetapi pengawas tersebut mesti mesti mesti tahu akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Ceh, budak gemuk tu cakap ja pandai, kerja haram satu pun tak buat." Mungkin itu perkara yang sedang berlegar-legar dalam kepala kecil sesetengah pengawas yang bertindak memusuhi pengawas yang lain.

Perlukah institusi pengawas pada tahun ini kepada perbalahan sesama sendiri? Mustahil para pengawas akan dihormati sekiranya dalam kalangan kita sendiripun, tidak ada yang mahu membela, inikan pula pelajar yang lain.

"Cess budak gemuk tu sikit-sikit nak tengok orang salah, salah dia haram satu pun tak nampak."

Baiklah, pengawas juga sebenarnya harus peka akan keadaan sekeliling. Saya akui, bukan semua kerja yang saya lakukan tampak sempurna (terutamanya kerja rumah), tetapi bukan susah untuk kita memperbaiki diri sendiri, apatah lagi ketika kita sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh para pelajar serta guru-guru yang sentiasa menjadi tulang belakang pengkritik kepada institusi pengawas.

Saya pernah mengalami keadaan di mana pada satu ketika, semua benda yang dilakukan menjadi serba tidak kena (ok, cerita ini tidak lawak pong, tapi kalo mu nak gelak, bateyy gi la), kerana mungkin masalah keluarga, masalah sekolah serta masalah rumah tangga datang menyulubungi fikiran saya.

Apa yang saya lakukan?

Tutup telinga. Tidur.

Oh, sebab itu berat badan juga bertambah.

Oh, baru sedar sudah meningkat 2 3 kilo.

Tutup telinga, tidur lagi.

Semoga berjaya.
Sabtu, 11 April 2009

salam ukhwah fillah....

Posted in by Nur |
testing2....

jom sama2 doakan agar ummi maudah cepat sembuh....