Isnin, 13 April 2009

Skema.

Posted in by Muhammad Amry. |
Sampai sudah ke blog yang sarat dengan segala widget (ada yang tak penting pun sebenarnya), dengan harapan blog pengawas tahun ini akan diperkasakan oleh Biro Penerbitan & Multimedia dengan bantuan Izni akan sentiasa dikunjungi oleh para pengawas khususnya serta rakan-rakan pelajar SMKB.

Syukur, walaupun pepatah kata di blog ini agak skema, iyalah, pengawas harus skema, namun tidak bermakna semua pengawas skema. Perkara itu yang bakal dibahaskan oleh para pengawas kita dalam blog ini.

Pada hemah minda saya, pengawas yang bijak mengendalikan tugas ialah pengawas yang skema. Tidak bermaksud untuk mengangkat peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri', namun itulah kelemahan pengawas (kita semua) pada tahun-tahun lepas dan tahun ini.

Berbalik kepada olahan skema versi saya, pengawas yang skema tidak semestinya perlu marah-marah apabila ditegur, tidak semestinya harus menikam belakang rakan pengawas yang lain, tetapi pengawas tersebut mesti mesti mesti tahu akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Ceh, budak gemuk tu cakap ja pandai, kerja haram satu pun tak buat." Mungkin itu perkara yang sedang berlegar-legar dalam kepala kecil sesetengah pengawas yang bertindak memusuhi pengawas yang lain.

Perlukah institusi pengawas pada tahun ini kepada perbalahan sesama sendiri? Mustahil para pengawas akan dihormati sekiranya dalam kalangan kita sendiripun, tidak ada yang mahu membela, inikan pula pelajar yang lain.

"Cess budak gemuk tu sikit-sikit nak tengok orang salah, salah dia haram satu pun tak nampak."

Baiklah, pengawas juga sebenarnya harus peka akan keadaan sekeliling. Saya akui, bukan semua kerja yang saya lakukan tampak sempurna (terutamanya kerja rumah), tetapi bukan susah untuk kita memperbaiki diri sendiri, apatah lagi ketika kita sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh para pelajar serta guru-guru yang sentiasa menjadi tulang belakang pengkritik kepada institusi pengawas.

Saya pernah mengalami keadaan di mana pada satu ketika, semua benda yang dilakukan menjadi serba tidak kena (ok, cerita ini tidak lawak pong, tapi kalo mu nak gelak, bateyy gi la), kerana mungkin masalah keluarga, masalah sekolah serta masalah rumah tangga datang menyulubungi fikiran saya.

Apa yang saya lakukan?

Tutup telinga. Tidur.

Oh, sebab itu berat badan juga bertambah.

Oh, baru sedar sudah meningkat 2 3 kilo.

Tutup telinga, tidur lagi.

Semoga berjaya.

6 Comments


  1. Iznie says:

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    15 April 2009 pada 10:32 PTG

  2. Nur says:

    haha...

    hah??
    nak jadi pengwas skema ker??
    bagus ker??
    macam tak best....
    huhu

    tapi macam amry cakap, kita kan tak sama.... hehe

    owh, tido??
    berat naek??
    bagus la tue...
    practise la lg...
    nnti bley masuk sukan bina badan...

    majulah sukan utk negara....
    hehehe


    p/s: maen2 ja.... :D

    15 April 2009 pada 11:24 PTG

  3. Hunny says:

    Salam adik2,

    Sebenarnya ada dua orang ke penulis blog ni? Sebab ada dua nama. Apapun, terhibur dengan cerita pengawas skema ni.. teringat zaman2 muda dulu.. hehe.. :)

    19 April 2009 pada 12:13 PG

  4. taQi says:

    salam..
    pengawas skema?? biasala tu..hehe

    20 April 2009 pada 3:56 PTG

  5. Muhammad Amry. says:

    Izni, ah takpa.

    Nurhani Salwa, ya penulis blog ini ada dua orang. Anda dapat lihat perbezaan melalui saiznya.

    Taqi, pengawas skema. Seronok rupanya jadi skema ni. Ehem.

    20 April 2009 pada 8:18 PTG

  6. Nur Liyana Mohd Sabri says:

    salam...

    baguih2 jadi la pengawas skema...baru disiplin mantap....

    sebenarnya, depa yg kata cam tue jeles ja....ye la depa pong nak menskemakan diri depa gak tapi takowt kena ejek ngan kwan ja....

    apaapa pun gud luck ya...ENCIK PENGAWAS....

    1 Mei 2009 pada 10:43 PG